请选择 进入手机版 | 继续访问电脑版
登录 | 立即注册 切换到窄版
查看: 1622|回复: 0

#sultanjohor

[复制链接]

1663

主题

1665

帖子

5348

积分

管理员

Admin

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

积分
5348
发表于 2018-4-2 13:12:12 | 显示全部楼层 |阅读模式

马上注册,结交更多好友,享用更多功能,让你轻松玩转社区。

您需要 登录 才可以下载或查看,没有帐号?立即注册

x
PUSAT KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR BAKAL SIAP PENGHUJUNG 2020


Pusat kanser berteknologi tinggi pertama di Malaysia bakal di bina di Iskandar Puteri - hasil inisiatif DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.


Projek bernilai RM300 juta itu, yang diumumkan Tuanku Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru hari ini (1 April), dibina sempena memperingati anakanda Baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang mangkat pada Disember 2015 akibat kanser hati.  


Baginda berangkat tiba pada jam 2 petang bersama DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dengan diiringi DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, YM Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam serta paduka-paduka anakanda yang lain.


Hadir sama, isteri kepada Perdana Menteri Singapura, Ho Ching merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings Limited.


"Majlis pengumuman mengenai pembinaan hospital kanser ini amat bermakna. Ini merupakan satu lagi usaha untuk memenuhi impian Almarhum Tunku Abdul Jalil bagi membantu pesakit-pesakit kanser," titah Tuanku Sultan Ibrahim pada majlis pengumuman Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor.


Almarhum Tunku Abdul Jalil merupakan antara sumber inspirasi kepada golongan pesakit kanser. Malah sebelum akhir hayatnya, Almarhum cukup menitikberat kebajikan pesakit kanser dan turut melawat mereka serta memberi kata-kata semangat.  


"Almarhum pernah berjanji mahu berjuang untuk kebajikan serta membantu meringkankan beban pesakit kanser.


"Kami komited untuk memenuhi impian Almarhum dan hospital ini akan menjadi legasi Almarhum untuk membantu pesakit kanser," titah Baginda.


Tuanku Sultan Ibrahim bertitah, Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun 2020, dan lebih murni lagi sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh akan disalurkan bagi membantu meringankan beban pesakit kanser yang kurang berkemampuan dan keluarga mereka.


"Ini adalah janji dan komitmen kami. Hospital ini berupaya membantu pesakit kanser yang memerlukan dan juga keluarga mereka," titah Baginda.


~~~~~


THANKS TO TUANKU SULTAN, JOHOR WILL GET NEW CANCER HOSPITAL COME LATE 2020.

Malaysia’s first dedicated cancer hospital – a brainchild of HM Tuanku Ibrahim Ibni Sultan Iskandar - will be built at Iskandar Puteri in Johor.


The RM300 million project, which was officially announced at a ceremony in Johor Bahru today (1st April), will be in memory of Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, The Tunku Laksamana of Johor, who died of liver cancer in December 2015.


Their Majesties The Sultan and Permaisuri of Johor and all Members of the Johor Royal Family graced the ceremony, which was also attended by Madam Ho Ching, the wife of the Prime Minister of Singapore, who is also the CEO of Temasek Holdings Limited.


“Today’s announcement about this new Cancer Hospital is very significant. It is yet another step towards fulfilling the dream of Tunku Abdul Jalil to reach out and help those with cancer,” said Tuanku Sultan Ibrahim in his royal address at the function.


His Majesty said the late Tunku Abdul Jalil was a beacon of hope for cancer patients in Johor and beyond.


"Even during his last moments, he was concerned about other cancer suffers and went out of his way to visit and encourage them. He was an inspiration to cancer patients and survivors," he said.


“He promised to fight for their cause and help patients to ease their burden. We are determined to keep his wish alive and this hospital will be a lasting legacy of his compassion and care for cancer patients,” added Tuanku Sultan Ibrahim.


To be called the Tunku Laksamana Johor Cancer Centre, it is scheduled to open in late 2020. Proceeds from the income derived from this hospital will be channelled to help needy cancer patients and their families.


“This is our promise and commitment. This hospital will benefit poor cancer sufferers and their families,” stressed Tuanku Sultan Ibrahim, adding that the hospital will offer cutting-edge cancer treatment and care to patients in Johor, Malaysia and the region.


#sultanjohor
#royalpressoffice

FB_IMG_1522645776946.jpg
FB_IMG_1522645766298.jpg
FB_IMG_1522645762667.jpg
FB_IMG_1522645759733.jpg
FB_IMG_1522645756101.jpg
FB_IMG_1522645753585.jpg
FB_IMG_1522645748618.jpg
FB_IMG_1522645745626.jpg
FB_IMG_1522645737667.jpg
FB_IMG_1522645731548.jpg
FB_IMG_1522645724940.jpg
https://api.whatsapp.com/send?phone=60146698058
您需要登录后才可以回帖 登录 | 立即注册

本版积分规则

隱私權條|Archiver|手机版|小黑屋|柔佛.com  

GMT+8, 2018-6-20 22:53 , Processed in 0.105314 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.3

© 2001-2017 Comsenz Inc.

快速回复 返回顶部 返回列表
Open Chat.
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start