请选择 进入手机版 | 继续访问电脑版
登录 | 立即注册 切换到窄版
查看: 937|回复: 0

#ryalpressoffice

[复制链接]
发表于 2018-4-26 01:09:59 | 显示全部楼层 |阅读模式

马上注册,结交更多好友,享用更多功能,让你轻松玩转社区。

您需要 登录 才可以下载或查看,没有帐号?立即注册

x
SULTAN JOHOR LUANG MASA TELITI HASIL CARIGALI KHAZANAH KESULTANAN JOHOR LAMA


DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan meluangkan masa meneliti hasil carigali khazanah Kesultanan Johor Lama yang dipersembahkan kepada Baginda oleh sebuah pasukan arkeologi.


Terdahulu, Tuanku Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Ekskavasi, Raja Kamarazaman Bin Raja Salim serta pasukannya dikenali sebagai Archaeology JDT di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru hari ini (25 April).


Kumpulan arkeologi itu memulakan kerja-kerja carigali di Pulau Sebatik, Kampung Makam di Kota Tinggi bermula 7 April lalu sebelum menemui pelbagai barangan dipercayai khazanah Kesultanan Johor Lama dari tahun 1528 hingga 1699.


Dipercayai berusia lebih 400 tahun barangan yang ditemui ialah mata wang kupang yang diperbuat daripada emas, matawang keton yang diperbuat daripada timah, peralatan rumah, pertukangan, persenjataan, peralatan menangkap ikan serta perhiasan rumah.


Tuanku Sultan Ibrahim bertitah supaya segala artifak yang ditemui itu perlu diaudit oleh Muzium DiRaja Abu Bakar sebelum dipamerkan dengan kerjasama daripada pasukan Archaeology JDT.


"Khazanah yang ditemui itu menunjukkan kegemilangan dan kemakmuran Johor sejak zaman kesultanan yang dahulu," titah Baginda.


#sultanjohor
#ryalpressoffice

FB_IMG_1524676130979.jpg
FB_IMG_1524676110227.jpg
FB_IMG_1524676108179.jpg
FB_IMG_1524676106167.jpg
马来西亚的朋友。你们加入这网站了吗?
您需要登录后才可以回帖 登录 | 立即注册

本版积分规则

隱私權條|Archiver|手机版|小黑屋|柔佛.com  

GMT+8, 2018-6-20 22:52 , Processed in 0.069036 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.3

© 2001-2017 Comsenz Inc.

快速回复 返回顶部 返回列表
Open Chat.
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start