请选择 进入手机版 | 继续访问电脑版
登录 | 立即注册 切换到窄版
查看: 625|回复: 0

royalpressoffice

[复制链接]
发表于 2018-5-16 13:39:02 | 显示全部楼层 |阅读模式

马上注册,结交更多好友,享用更多功能,让你轻松玩转社区。

您需要 登录 才可以下载或查看,没有帐号?立即注册

x
10 EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR ANGKAT SUMPAH


Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) hari ini (16 Mei) mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.


Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dan paduka-paduka anakanda yang lain.


Hadir sama, Menteri Besar Johor, Dato' Osman Sapian.


Majlis Istiadat Mengisytiharkan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu berlangsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru pada jam 10.30 pagi.


Pada Sabtu lalu (12 Mei), Dato' Osman telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan Tuanku Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Johor, Dato Hj Mohd Tahrir Kiyai Samsudin.


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).


Turut mengangkat sumpah ialah Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong), Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Hong Pin (Skudai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).


#sultanjohor
#royalpressoffice

FB_IMG_1526449015459.jpg
FB_IMG_1526449013050.jpg
FB_IMG_1526449010582.jpg
FB_IMG_1526449008116.jpg
FB_IMG_1526449000576.jpg
FB_IMG_1526448997981.jpg
马来西亚的朋友。你们加入这网站了吗?
您需要登录后才可以回帖 登录 | 立即注册

本版积分规则

隱私權條|Archiver|手机版|小黑屋|柔佛.com  

GMT+8, 2018-6-20 22:51 , Processed in 0.099591 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.3

© 2001-2017 Comsenz Inc.

快速回复 返回顶部 返回列表
Open Chat.
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start